Benefits Sunnah Ingredient in our Product

 Khasiat bahan-bahan sunnah dalam produk

Pada masa kini, kita boleh melihat pelbagai suplemen dan minuman kesihatan di pasaran. Satu-satunya perbezaan adalah penggunaan yang menonjol dari ramuan pelbagai makanan Sunnah dalam hidangan. Pemakanan yang tidak terjaga , pengambilan gula dan kalori yang berlebihan boleh membawa kepada pelbagai penyakit berbahaya. Semua orang sedar betapa pentingnya kita menjaga kesihatan diri dan keluarga. Oleh itu, pengambilan makanan dan minuman  yang disebut dalam al-Quran atau Hadis amat digalakkan kerana mempunyai banyak manfaat dan khasiat. Pemakanan yang diambil oleh Rasulullah SAW sangatlah mementingkan kesihatan.

 


1. Susu Kambing

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.

Kebaikan susu begitu diangkat sehingga di dalam riwayat Imam al Bukhari diceritakan bahawa ketika peristiwa Isra’ Mikraj, Jibril yang menghidang susu dan arak kepada Rasulullah saw telah memuji pilihan Baginda iaitu susu. Jibril berkata,

“Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau memilih khamr, nescaya binasalah umatmu.”

Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.




2. madu

Madu mempunyai banyak khasiat dan boleh merawat pelbagai penyakit, yang selari dengan firman Allah swt:

“Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.” (Al-Nahl 16:68)

 

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Al-Nahl 16:69)

Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:

“Madu berfungsi menyinkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada (termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk yang terjadi dari lendir.

Ibnu Sina , salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masehi:

mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam. Madu lebah juga dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan dan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”.

Disini kita dapat simpulkan bahawa madu merupakan makanan sunnah dan mengandungi banyak khasiat dan dijadikan ubatan sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran.

 



3. Habbatus Sauda

إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ

Maksudnya: Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: “Kematian”. (Riwayat al-Bukhari)

Tidak dinafikan bahawa habbatus sauda mempunyai banyak manfaatnya dalam hal perubatan. Para ulama telah memberikan penjelasan yang menggambarkan bahawa banyak manfaat habbatus sauda kepada manusia.  Bahkan. kajian-kajian saintifik masa kini juga telah banyak membuktikan kegunaan habbatus sauda dalam perubatan. kajian saintifik dari-ada Universiti Sains Malaysia menunjukkan habbatus sauda mempunyai khasiat kimia Thymoquinone (TQ), Omega 3, 6 dan 9.

Kandungan TQ yang tinggi membantu dengan bertindak sebagai pengantioksida, antiradang dan menambah kesihatan organ hati. Disamping dapat menurunkan bad cholesterol (LDL), total cholesterol dan blood pressure, stabilkan tekanan darah systolic dan tekanan darah diastolic. Kajian juga dapati TQ ni berkesan dalam rawatan arthritis, fibromyalgia, IBS, colitis, peritonitis, alergik dan asthma.

 



4. Kismis

Kismis seperti kismis kaya dengan vitamin, riboflavin dan asid folik. Selain itu, mineral surih yang dipanggil boron membantu meningkatkan tumpuan, koordinasi tangan-mata dan ingatan.

Kismis juga merupakan makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan mencerahkan hati.Selain terkenal dengan khasiatnya kepada otak.

 Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Biasakan makan kismis, kerana kismis boleh menghilangkan kepahitan (cecair hempedu/kuning), mengeluarkan lendir, menyihatkan badan, memperbaiki penampilan, menguatkan saraf, dan menghilangkan keletihan."

Antara khasiat kismis adalah:

1. menguatkan daya ingatan

2. mengubati penyakit lupa

3. mencerdaskan minda

4. Melindungi hati.

5. Memperbaiki peredaran (seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).

6. Melawaskan pembuangan air besar.