Ini adalah syarikat milik penuh umat Islam dan Bumiputera. Malah, proses pembuatan kami juga berlandaskan syariat Islam dan merupakan produk halal 100%. Kami adalah rakan kongsi utama anda untuk penciptaan dan pembuatan inovatif produk kecantikan mewah label berjenama dan peribadi, makmal R&D kami sentiasa memastikan dan menyediakan pelanggan kami dengan produk yang bermutu tinggi dan berkesan.
Kami merupakan industri dengan penyelidikan termaju dan kepakaran operasi untuk menyediakan perkhidmatan yang sempurna dan bimbingan kepada pelanggan kami dalam kepakaran Pengeluar Peralatan Asal atau “Original Equipment Manufacturer” (OEM) dan Pengeluar Reka Bentuk Asal atau “Original Design Manufacturer” (ODM) untuk bekerjasama rapat dengan pasukan pemasaran anda. Ini meliputi keseluruhan proses, bermula dari konsep, pembangunan produk dan perumusan produk anda , reka bentuk grafik, dan akhirnya pengisian dan pembungkusan.
Social Plugin