Tahukan Anda Cahaya Biru Telefon Pintar Mampu Mempercepatkan Penuaan!
Era pandemik yang bermula hampir dua tahun telah menjadikan hampir semua perkara dalam kehidupan seharian kita telah bertukar menjadi digital, dan sentiasa menghadap skrin telefon dan alat elektronik.
Penyelidikan menunjukkan cahaya biru daripada peranti elektronik boleh membawa kepada perubahan dalam sel kulit anda, termasuk pengecutan sel dan kematian. Ini mempercepatkan proses penuaan. Malah pendedahan sesingkat 60 minit boleh mencetuskan perubahan ini.
Terlalu banyak cahaya biru juga boleh menyebabkan pigmentasi. Satu kajian mengaitkan pendedahan cahaya biru kepada lebih banyak bengkak, kemerahan, dan perubahan pigmen pada orang yang mempunyai kulit yang lebih gelap.
1. Zink Oxide
Atau Iron Oxide yang terdapat dalam pelindung matahari mineral berfungsi sebagai penghalang pelindung kerana ia memantulkan, menyerakkan dan menyekat cahaya secara fizikal. Disamping, memberikan perlindungan yang lebih baik terhadap HEV atau cahaya biru, terutamanya apabila digabungkan dengan zink oksida.
2. Vitamin C
Vitamin C ialah antioksidan dan SPF yang kuat, harus dimasukkan dalam rutin penjagaan kulit seharian. Ia menggalakkan pembentukan kolagen, mencerahkan bintik-bintik gelap (yang amat bermanfaat jika cahaya biru memburukkan lagi pigmentasi), dan mengurangkan kedutan halus.
3. Cranberry extract
Cranberry telah lama digunakan kerana kesan perubatan, antioksidan, dan anti-penuaannya. Ia mempunyai kepekatan antioksidan yang tinggi seperti vitamin C, B, dan B-5, yang meningkatkan kuantiti sel dan melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar. Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen, yang dapat meningkatkan keanjalan kulit dengan penghantaran oksigen dan nutrien ke kulit, menjadikan kulit lembut, anjal dan tegang.
Roselle atau nama saintifiknya Hibiscus rosa sabdariffa L. ialah tanaman yang terkenal dengan khasiatnya dalam dunia perubatan di Malaysia. Ia terkenal dengan keupayaannya untuk memastikan kulit sihat dan cantik, disamping kaya dengan vitamin C yang membantu meningkatkan pengeluaran kolagen semulajadi kulit. Selain daripada meningkatkan pengeluaran kolagen semulajadi, tumbuhan ini juga memperlahankan degradasinya, yang membantu mengekalkan kulit anda tegang, kuat dan licin.
Social Plugin